Thursday, August 26, 2010

catastrophic

today is worst day ever in semester 3.


...

bukan takmahu update,tapi takda masa.. maaf

Saturday, August 21, 2010

terima kasih bobo



bismillah.

pertama sekali terima kasih yang tak terhingga kepada bro bobo kerana sanggup meraikan kami warga pl3d. terima kasih juga pada umi bobo,kerana sudi masak untuk kami,juga tidak dilupakan kepada adik adik bobo dan ayah beliau.

paling penting terima kasih kepada makcik bobo,kerana bagi pinjam anak dia. eh baby dia. baby tu tersangat la comel. hee.

lama dah x dukung baby,tak main dengan baby. hihi. tadi sempat la main main dengan baby tapi still tak puas.


nampak tak kasih sayang kat situ.
bila la nk ada baby sendiri. huahuahua.

Thursday, August 19, 2010

Phonex dactylifera

sedang aku menuggu azan subuh,tiba tiba terdetik untuk mengetahui khasiat buah kurma. mesti ada sebab kenapa disunatkan bersahur dan berbuka dengan buah kurma. so ada la jumpa satu dua article.ini merupakan salah satu article yang aku jumpa. so just nk share. happy reading.

KHASIAT
BUAH KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. (

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

h_dd26.jpg (19498 bytes)

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

h_dd27.jpg (32536 bytes)

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

klik sini untuk sumber


Tuesday, August 17, 2010

beliau seorang pemerintah dari kalangan yahudi.


Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M)

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Adajuga yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Dari sumber lain pula, mencerita kan?Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.

Zubeyde pula bonda kepada Firaun moden, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri. Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat,maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-arak dan juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya denagn mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan Bapa Pembangunan Turki Moden

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel…… Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Monday, August 16, 2010

setakat enam hari

bismillah

so today date is 16 august which is 6th ramdhan. so alhamdullilah setakat ni tak pernah tinggal lagi. bersyukur sangat. pada entry kali ini nak cerita tentang enam hari berpuasa ni.

tahun ni tahun kedua berpuasa kat tempat org. dah jauh dengan keluarga baru tahu nikmat berbuka dan bersahur bersama keluarga. saya bertambah bersyukur kerana ramadhan yang kali ini mula di rumah. sahur n buke 1st kat rumah. puas hati la makanan kat rumah.

setakat enam hari ni paling mencabar was on the 4th day of puasa. imagine when u are fasting then suddenly u get hiccups. tuhan jelah tahu mcm mana seksanya. nk minum air mcm biasa tak boleh. bia jelah smpai hilang dengan sendirinya. tak lama pulakkn. bukan satu dua, tapi tiga. nah amik kau.

tambah pulak haritu keluar cari baju raya. nk mintak size,nk tanya soalan pon sangkut sangkut, tak kene gelak pulakkan. adehh. sabar jelah. nasib baik stop. kalau tak jenuh la nk kene tunggu sampai time berbuka.

oh ye,saya ada bersahur dengan beruang koya pada hari sabtu lepas. teringat tentang beliau yang gigih belajar di IPBA. ku capai talifon rumah lalau menalifon beliau. beliau kata ORAITT. saya pun pergi fetch dia. btw sahur saya telah di taja oleh encik beruang kita.

nak tambah lagi. ini pasal dugaan bila bershopping time puasa. ya allah. agak agak dah berapa bakul pahala dah kene tolak. yelah mana taknya amoi amoi minachi minachi yang muda mahupun yang dah tua yang dah berlipat lemak dan kaki berpeta pakaian tak mau mau. kalau sikit sikit boleh lagi nk gigih. ini kalau dah kalau pandang kiri kanan semua sama nk pandang mana lagi. semua nk dedah.

Wednesday, August 11, 2010

sahur atau tidak sahur?


Bersahur Itu Berkat

Dari Amr bin ‘Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: “Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur”.

ramadhan


bismillahirahmanurahim
ya allah
aku amat bersyukur,
kerana masih diberi kesempatan,
untuk merasai keindahan ramadhan,
moga ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya
aku amat berharap agar aku dapat memanfaatkan ramadhan ini sebaiknya
ya allah
aku ingin menemui lailatulqadar
berikanlah kesempatan kepadaku
sepanjang ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan

Monday, August 9, 2010

zambri lebih alim dari nizar


Alangkah terperanjatnya dan tidak terduga bahawa berita yang aku terima sungguh memeranjatkan aku…


Kawanku memberitahu bahawa adiknya yang berada di Perak memberitahu bahawa diantara Zamri dengan Nizar kalau nak di bandingkan ALIMNYA ternyata Zamri lebih alim dari Nizar kalau nak diukur ternyata jauh lebih alimnya Zamri …aahhh!! Betul-betul aku terperanjat beruk,aku ingat beruk pun tak terperanjat seperti aku.

Kalau berita ini aku terima dari kaum umno,maka aku tak hairan langsung sedangkan berita ini aku terima dari orang kuat Pas sendiri,kemungkinan korang pun tidak percaya tentang berita ini..

Lain kali jangan tengok orang pakai serban itu alim dan orang biasa itu jahil (falsampah umno)

Berbalik kepada berita tadi …jauh disudut hatiku aku tak dapat terima tentang berita ini..bahkan bagai nak terkeluar dari mulutku yang ingin menyatakan bahawa berita ini tidak benar,bohong ,palsu,salah dengar….aaahhhh!!macam-macamlah..tapi nak wat camner berita ini datang dari orang kuat, pastu plak dia tinggal kat Perak maka dia lebih tahu segalanya dari aku..ialah tu dungu aku seketika..

Untuk lebih kepastian aku minta member aku terangkan apa yang Zamri dah buat sehingga dia nampak alim daripada Nizar,sedangkan Nizar boleh menjadi Imam ketika solat Jumaat,selalu mengadakan Tazkirah, berbanding dengan Zamri satu pon dia tak pernah buat..

Member aku cakap sepatutnya ko boleh nampak dengan mata kasar bahawa Zamri tu alim orangnya…aaahh!! Nampak pada mata kasar?kalau macam india adalah..

Itulah korang tak tahu,biasa kita nak tengok alim dan kuat sembahyang kat mana?

Kat dahi laaa!!ada kesan lebam..

Betul tu!! Tapi tak cukup..

Cuba ko tengok Nizar Cuma lebam sikit-sikit jer kat dahi tetapi cuba ko tengok Zamri lebamnya seluruh badan..tak alim ke tu? Kah..kah..kah..

sumber : cuping merah

baca benda ni boleh buat tersengeh sengeh pagi buta.
p/s.tiada niat politik hanya untuk suka suka

Saturday, August 7, 2010

3 finalis bendera malaysia.

bismillah
bendera malaysia dipilih melalui pertandingan mencipta bendera peringkat kebangsaan pada 1949. seramai 373 karyawan mengambil bahagian. namun hanya 3 reka bentuk yang berjaya ke peringkat akhir.

Reka bentuk pertama ialah lambing keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan reka bentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam bulatan mengelilingi Keris bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

reka bentuk ketiga mendapat pilihan majoriti orang ramai. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan Johor iaitu Encik Mohamed bin Hamzah.

Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negarapecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan reka bentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam bulatan mengelilingi Keris bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

p/s. saya bangga dengan bendera saya

Thursday, August 5, 2010

mata wang negara

bismillah
this is the time to add some love. to our lovely country. Malaysia. entri kali ini akan berkisarkan tentang duit lebih tepat lagi matawang negara kita,malaysia. harap harap sedikit sebanyak dapat membantu readers sekalian untuk lebih mengenali dan menyangi Malaysia.

mesti semua tahu matawang malaysia ialah malaysian ringgit.but i bet u mesti tak tahu perkataan ringgit tu datang dari mana. apa tu ringgit ? Nama "Ringgit" berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu.

'ringgit' hanya diterima sebagai nama rasmi mata wang negara pada ogos1975, 18 tahun selepas merdeka. sebelumnya dikenali dengan dollar(Malaysian dollar) dalam bahasa inggeris dan ringgit dalam bahasa malaysia. namun simbol $ digunakan sehingga 1990an. Dan ditukar kepada RM.

sebelum merdeka mata wang yang digunakan termasuklah mata wang Rupee India yang digunakan sebagai mata wang rasmi di penempatan selat pada 1837. Namun pada 1867, dollar perak digunakan semula. Pada 1903,Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commissioners of Currency) telah memperkenalkan dollar Selat (straits dollar)

nilai wang kertas terbesar yang pernah dikeluarkan ialah RM1000. namun telah dihentikan pengeluarannya pada 1990an. bayangkanlah kalau sekeping hilang. menangis.


dua penagguhan.


mencintai didahului oleh mengenali. kata orang tak kenal maka tak cinta. untuk menyemai cinta kita terhadap negara elok kita mengenali negara kita dari sudut berbeza. umum tahu malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957. begitu juga dengan tarikh percantuman tanah melayu dgn sabah dan sarawak. 19 september 1963.


namun ramai yang tidak tahu bahawa penubuhan negara bangsa Malaysia telah ditunda sebanyak 2 kali. Tarikh sebenar yang dirancang ialah pada 1 ogos 1963. kemudian ditunda pada 31 ogos 1963 bertujuan untuk diseragamkan bersama sambutan hari kebangsaan yg keenam. kemudian beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh Indonesia dan Philippines telah menyebabkan penangguhan kali kedua.

sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia, Sabah Sarawak dan Singapura telah pun mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1963 selaras dengan hari kemerdekaan Tanah Melayu

Wednesday, August 4, 2010

bulan kemerdekaan.

bismillah.

sedar tak sedar kita sudah pun berada dalam bulan ogos. sempena bulan ogos ini elok kiranya kita menyemai semula semangat patriotik yang makin luntur dalam diri kita. harus diingat patriotik dan bukannya politik. lagi elok berpatriotik dari berpolitik yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.

mengikut kamus dewan dan pustaka patriotik atau patriotisme membawa erti perasaan cinta yang kuat terhadap negara. patriotisme bukan hanya bermaksud menggantung dan mengibarkan jalur gemilang pada kereta,rumah dan pejabat. malahan lebih daripada itu. mengenali Malaysia sendiri merupak sesuatu patriotik.

mengenali Malaysia? apekehe? ramai orang yang mengaku dia mengenali Malaysia. saya mengaku,tapi sejauh mana kita mengenali Malaysia yang kita cintai.

so pada bulan kemerdekaan ini akan saya perbanyakkan entri-entri yang berkaitan Malaysia,tanah tumpah darahku.

Sunday, August 1, 2010

kami pun boleh.



semua org boleh. siapa kata kami tak boleh? pelajar undang undang pun boleh buat tv program apa. saya rasa amat bangga bila ada clsmate yang bagi rating 5 bintang dan 4 bintang untuk tv show kami.ada ke 5? bohong bagi up sikit. haha.

serious tak tipu I rasa tv show kami boleh jual. memang jenuh jugak la nk fikir konsep. tapi lepas dah ada konsep semua berjalan lancar. tambah pulak my group members terdiri daripada pelbagai jantina. lelaki,perempuan dan pengkid. hahaha. kepada pengkid berkenaan anda tahu siapa anda. haha. we are using the concept of inverse survivor. so to all producer out there,if u want to know more u can drop your email. haha. perasan nk mampuih..

tapi sayang,tak semua dapat mesej yang kami cuba sampaikan. yes it is quite complicated actually.
indeed ada jugak yang bagi 3 bintang,its hard to satisfied everybody, but what can I say is I proud with my group members and the product of my group.