Friday, October 23, 2009

satu malaysia.



satu malaysia.
kenapa segala yang kita lakukan hari ini berkaitan dengan satu malaysia.
pergi mana-mana pun,event ape pun x kiralah government atau NGO semuanya berkisarkan satu malaysia.
kadang-kadang bila ending berita, pemberita cakap 'salam satu malaysia' penah dengar tak?
mane2 pun salam satu malaysia.
mereka ini betol-betol mengahayti atau sekadar mainan mulot sahaja atau lebih terok tiada apa utk dihayati
berikut adalah 8 prinsip/nilai satu malaysia
  • ketabahan
  • penerimaan
  • pendidikan
  • intergriti
  • meritokrasi
  • rendah hati
  • kesetiaan
  • budaya kecemerlangan

perlu ke 1malaysia diwujudkan?
adakah rakyat malaysia tidak cukup bersatu?
kita sudah ada bapa perpaduan,yang telah menyatukan rakyat malaysia.
apakah relevannya mewujudkan 'satu malaysia'?
ini seakan-akan tidak mengiktiraf usaha dan pengorbanan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
jika dilihat pada iklan hari kebangsaan,mahupun sambutan hari raya, nilai perpaduan antara kaum telah lama diperlihatkan sebelum satu malaysia diwujudkan lagi.
jikalau begitu adakah satu malaysia hanyalah permainan politik sesetengah pihak?
adakah tujuan satumalaysia hanya untuk meraih undi dikalangan bukan bumiputra?
fikir-fikirkan


__________________________________________________________________
sumber:

bukan untuk berpolitik sekadar buah fikiran yang diterjemahkan
salam perpaduan

Thursday, October 22, 2009

harini aku mmg bosan gle. bagun pagi tros dugaan melande. ceyy. pagi ke? dlm pkol 11 cmtu aku bangun. bangun jee leher aku sakit. wah. aku igt kejap je sakit tu tapi smpi ke mlm. arghh. rase mcm OKU. segala bende yang aku buat sakit pegerakan aku sgt terhad. ditamabah pula dengan luka lutut aku yg belom baik sepenuhnya.harini aku tdo lebih bnyk drpd biase. sbb aku dah xde option lain dah nk buat. sgt sakit. tp yg pelikya knpe sakit ni bertahan sunggoh lame.


persoalan skrg,smpi ble leher aku nk kembali normal. esk mahu keluar,tetapi nnt aku terpakse menelengkan kple. itu perkara yg paling menjengelkan. tetapi aku terpakse melakukannya juga sbb untuk mengelakkan kepala dan tengkuk aku dari terus sakit.

tp keadaan semakin puih setelah aku menelan beberapa pil. ubat yg diberi oleh doctor Ruby.
tapi sakit itu masih ada. tp aku berharap pada esok hari leher aku akan kembali normal.
bolehlah aku menjalankan rutin harianku spt biase tanpa sebarang kesakitan.

sekian..

Wednesday, October 21, 2009

orang gila

emm,
penah x tgk org gila tepi jalan
yg mcm pencacai jalanan
pakaian selekeh cm ape je.
rsenye dorg tu ade perasaan x?
agaknye if kite kate dia gile dia trse x?
ntah. tiada siape yg tahu.
tp mcm mne if kita x gile tp org kate kite gile?
for sure kite trse kan
baru jap td ada org kate aku gile.
gilakah aku?

Monday, October 19, 2009

haarggh.

dah puas dah aku mengeliat. aku pon dah puas guling2. aku rase otak aku ni semakin hari semakin lembab. lagi lembab dari sipot babi. mane tak nye. seharian aku tido. tak tido pon guling, online, makan,psp. itulah rutin harian ku yg amat membosankan. haha. pada setiap hari aku menantikan mlm. sebab time mlm je x bosan. hehe.


nk tahu sbb ape? haha. lu pikir la sendiri. harini aku tak keluar mane2. so hari ni amat bosann. serious bosan gle. cm gampang. dah x tahu dah nk buat ape. akhirnye aku mengonlinekan diri.
ape yang patot aku buat ye? ntah. aku pon xde jawapannye. nk nek vespa jalan2 segan pulak. yelaa, bunyi dah mcm kapal perang. boleh jadi isu tu buat gaduh. tapi siap.. sape cucok angin alamatnye makan lah asap 2 stroke yee. x sabar nk habis pantang. boleh jumpa ah soon. siapakah ah soon?dia ialah apek yg tgl di rawang. mengapa ingin berjumpa sama dia? nnt dia setkan mainjet balik.boleh test power. hehe

emmph. petang ni,ape patot aku buat? nk main bola tp cm xok je.. hari dah gelap,mcm nk hujan. sekali lagi aku akn mati kutu. argh. mampus la aku mcmni lame2. nak keluar,duit dah xde. duit kat bank pon dah nak smpi lantaii, puloh2 je tgl. mne nk korek duit if nk keluar nnt. hishh. runsing aku. tp tu xpee.blkng kire. tp mls nk keluar,nnt habis duit.if duit turon mcm hujan br lepas nk keluar evryday.

tibe tibe aku trse mcm nk habis cuti cepat. tp aku x tahu ble bukak balik. sekali lagi aku runsing.. memikirkan result final dan ble cuti nk habis. yela foundation U lain dah nak masuk balik da tp aku still x tw ble result nk keluar.

Sunday, October 18, 2009

berus gigi.

pernah tak korg terfifikir pasal berus gigi. hari tidak akan sempurna tanpa berus gigi. tapi ramai yg tidak pernah memikirkannya. life without toothbrush? can u imagine that? haha. mungkin tak keluar rumah kot.em. so anda sudah sedar betapa penting nye berus gigi kepada hari anda?


kita harus berterima kasih kepada pencipta berus gigi. siapakah dia yg mencipta berus gigi? saya sendiri tidak tahu. tetapi siapa kesah tentang pencipta berus gigi. saya bukan ingin bercerita tentang pencipta berus gigi. tetapi ingin berkongsi ilmu. ilmu tentang faktor pemilihan berus gigi.

yang pertama,orientasi berusnya. sama ada hard,normal,soft ataupun super soft. berus yang terdapat pada berus gigi tidaklah terlalu keras. kerana ia akan merosakkan gusi. seeloknya amek yg super soft. tetapi ia tidak practical kerana ia fragile. berusnya mudah rosak.

kedua,badannya. haruslah cukup panjang untuk masuk kedalam mulut. haruslah cukup lebar untuk memudahkan tangan mengengam dan menggerakkan berus gigi tersebut

yang ketiga,panjang berus. berus tidak seharusnya terlalu panjang. untuk saiz gigi mat saleh yg normal plg sesuai ialah sepanjang 1 inchi. tetapi bagi orang asia haruslah lebih pendek. ini adalah kerana mulut orang asia lebih kecil berbanding org barat, sbb ape tak boleh panjang? sebab nnt semasa memberus akan ade kawasan yang tidak tercapai oleh berus yang panjang.

ini adalah sedikit sebanyak yang saya belajar di klinik gigi semasa menemani ibu saya menjalani rawatan di klinik gigi minggu lepas..

sekian

Thursday, October 15, 2009

mengangkat

kadang kadang aku terfikir
tentang pemikiran rakyat malaysia
sudah matangkah?
atau masih ditakuk yg lama
sungguhpun kita sudah merdeka selama lebih separuh abad
bolehkah kita mengaku yang kita sudah matang?
adakah segala keputusan yang diambil telah difikirkan semasak masaknya?
atau
hanya seperti asl pangkah jadilah
adakah segala keputusan yg diambil oleh pemimpin kita tepat?
dan
apakah kewajaran untuk kita mengangkat pemimpin yang telah terbukti bersalah
melakukan politik wang?
adakah pengamalan rasuah telah diiktiraf oleh rakyat malaysia sebagai satu perkara
yang boleh diterima & boleh dilakukan?

malaysia oh malaysiaku

Thursday, October 8, 2009

berlalu sudah.


bermakna tamat sudah semester ini bagi sumua pelajar pre law uitm kedah.
semestinya ia bukan sesuatu yg mudah.
if senang xla dipanggil final exam kn?
alamak aii. stress nk mampos.
lebih-lebih paper mtc 016. introduction to malaysian government n politics.
sedikit gmbar pada hari exam dan mlm sebelumnya.