Thursday, July 30, 2009

penantian

penantian menyiksakan. itu satu kepastian. namun punca penantian itu yg membuatkan ia berbeza antara satu sama lain. sudah tentu semua antara kita penah menantikan sesuatu kan? tidak kiralah sama ade kecik atau besa, penting atau tidak, mahupun berharga atau tidak berharga. menyiksakan bukan. contoh terbaik tunggu tren(komuter) pehh. sronok betol nek komuter kan. menantikan tren mengunjong tibe bile mane sudah tibe mase tren tersebot sampai tetapi tren x sampai2. sakit hati,rase nk menyumpah bila papan tanda yg menunjukkan destinasi tren dan masa tren dijadualkan smpai berkelip2. tapi tren entah dimane. salah siapakah pemandu,penumpang atau pengurus ktm itu sendiri. tiada siapa tahu dan tiada sapa mahu merungkainya.


tetapi itu kisah tunggu train. yg mungkin tidak bernilai atau nilai nya hanya seringgit dua. tetapi bagaimana pula jika ia bernilai. tidaklah smpi berjuta-juta tetapi bernilai dan berharga bagi kami pelajar-pelajar institut pengajian tinggi yang masih menuntut ilmu dan tidak mempunyai pendapatan. amatlah besar bagi kami elaun tersebut. elaun brother!! dgn elaun tu mcm-mcm kami boleh buat. tetapi..

akhirnye masuk jugak. alhamdulillah penatian tersebot sudah berlalu buat rakan2 seperjuangan. duit elaun yg dijanjikan oleh KPTM telah pon masuk hari ini. buat sesiapa yg telah masuk,jgn joli sgt duit tuh. tetapi bila joli tuh igt2 la member yee. tetapi bagaimana pula dgn aku. berapa lama aku harus menanti. adakah aku terpaksa mencari mangsa penyiksaan ini sekali lagi? runsing aku memikirkannya.

Thursday, July 23, 2009

balik kampong.

sunggoh teruja. itu perasaanku sekarang. tak sabar menanti jam 7 petng. setelah beberapa minggu tidak pulang ke rumah ahirnya tiba masa yg dinanti,ditunggu-tunggu oleh ku. aku diberikan masa seminggu untuk dihabiskan bersama keluarga,rakan dan juga buku-buku. haha. tetapi tidak dapat ku gambarkan akan bagaimanakah cuti aku nanti kerana elaun tak masok-masok lagi. pening dan sakit hati sunggoh dgn badan pentadbiran.


harini aku akan pulang ke rumah. setelah kira-kira 3 minggu berjauhan dgn keluarga dan rakan-rakan. keterujaan aku ingin pulang ke rumah ini menyebabkan aku terjaga agak awal dari kebiasaannya. terlalu teruja agaknya. ini yang mendorong aku untuk berkongsi cerita pada masa ini.


bas yang akan ku naiki akan dijadualkan akan bertolak kira- kira pukol 7.15 dari sg petani kedah. aku tidak tahu sama ada bas yg akn ku naiki ini akan singgah di penang sentral,tetapi harapnya tidak kerana ini akan memakan mase yg lebih lama. aku tidak tahu siapa akan dudok di sebelah ku ketika dlm bas nnt. tetapi alangkah baiknya seat disebelah ku itu kosong. jadi tiada siapa yg akan menggangguku.


pakaian ku masih belom dikemas sepenohnya walaupun aku akan pulang kerumah pada petang hari. tidak tahu beg mana yg harus digunakan. ingin membawa beg kecil sahaja,tetapi semacam tidak muat pula.beg besar? seperti menyusahkan pula walupun beg itu tidaklah sebesar mana.


malam terakhir yang telah dihabiskan tadi agak suram bagi ku. walaupin pada awal malam tersebut aku pergi ke pasar yg berada dalam uitm ini sendiri. emosi aku tidak setabil ini. PMS kot. haha. ak