Saturday, August 7, 2010

3 finalis bendera malaysia.

bismillah
bendera malaysia dipilih melalui pertandingan mencipta bendera peringkat kebangsaan pada 1949. seramai 373 karyawan mengambil bahagian. namun hanya 3 reka bentuk yang berjaya ke peringkat akhir.

Reka bentuk pertama ialah lambing keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan reka bentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam bulatan mengelilingi Keris bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

reka bentuk ketiga mendapat pilihan majoriti orang ramai. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan Johor iaitu Encik Mohamed bin Hamzah.

Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negarapecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan reka bentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam bulatan mengelilingi Keris bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

p/s. saya bangga dengan bendera saya

6 comments:

DOLCEshasha said...

merdeka nak dekat dah patut hang semangat kan ? : )

mohamadazrulhaqim said...

ohh, baru tahu tapi kenapa tak tunjuk gambar lagi 2 bendera? nasib baik tak pilih yg ada keris tu. kalau tak 1malaysia yg tengah guna pakai sekarang pun akan diperdebatkan oleh kaum lain.

ahmad faiz said...

malaysia dah lame merdeka kak. ini hanya cara menghayati kemerdekaan. cewah..

ahmad faiz said...

aku dah google mcm orang gila. tp xde jugak. kene masuk arkib negara kot. haha.

Mira Kay said...

ohh macam tu rupenye.. hek hek

ahmad faiz said...

mcm tulah cik amirah ks. hek hek padia?