Thursday, January 20, 2011

gagal jangan.

bismillahirahmirahim
hai , lama dah update blog. I mean lama gila. gila punya lama. this time for real. to be exremely frank, i have lost my passion to update this blog. but since i have something in my mind and ample time to write, why not kan?

this time around i gonna a write about past,present and future. it sounds like very simple but it is simple. indeed very simple. interrelated. apa yg interrelated? past,present and future of course.

aku pernah rasa gagal, kegagalan masa lampau aku bukanlah sesuatu yang besar jika hendak dibandingkan dengan kegagalan yg menanti di masa hadapan. oleh yang demikian,aku harus mengelak kegagalan. ini bukan pilihan,ini kemestian, biar tempuh jalan berliku asal tidak rasa kegagalan. aku tidak lagi berdaya menelan kegagalan.

aku pernah rasa kejayaan. walaupun kejayaan yang aku kecapi tidak segah kejayaan manusia lain, tapi aku puas. namun dengan kejayaan yg aku ada pada masa itu,membuatkan aku leka dan alpha. justeru aku jangan lalai lagi, jika alpha tergadai lah masa depan dan impian

segalanya terpulang pada diri sendiri, sama ada mahu cemerlang atau mahu gagal semua pada bahuku. semua terpulang padaku bagaimana ingin mencoraknya.

sememangnya tiada siapa mahu gagal dan aku mahu berjaya. selepas segala pahit getir yang telah aku alami untuk ke fakulti undang undang sememangnya aku tidak akan sia siakan. hampir hampir aku gagal sekali lagi. namun atas doa rakan dan usaha, aku lepas pada cubaan terakhir. memang allah nk tunjuk depan mata dan mungkin disini rezekiku jika aku terus berusaha.

segalanya masih samar samar. namun sebaiknya aku meletakkan sasaran. biar terpesong biar melencong asal tidak hilang dari pandangan. aku meletakkanya 3.5 untuk semester pertama.

so insha allah aku akan berusaha sehabis mungkin untuk merasai kejayaan yang sememangnya aku dahagakan. semoga nota ini menjadi ingatan dan pembakar semangat aku pada masa hadapan. insha allah.