Wednesday, August 12, 2009

ikan dilaut asam didarat

apakah itu ikan dan dimanakah letaknya ikan? dan ape perkaitan dgn si asam yg letaknya didarat. malaysia merupakan negara yg terdiri daripada pelbagai bangsa. contohnya seperti melayu cina dan india. tetapi mengapakah letaknya perkataan ' melayu' dihadapan berbanding cina dan india . anda sendiri punyai jawapanya. atau mungkin anda punya sebab utk berbuat seakan-akan tidak tahu.


seperti termaktub dalam sejarah ketuanan tanah melayu adalah milik org melayu dan kaum seperti cina dan india adalah pendatang. tetapi kaum cina dan india skrg tidak patut digelar sebagai pendatang.adalah biadap mengelar mereka sebagai pendatang,mereka punyai i.c dan gelaran 'pendatang' itu adalah milik nenek moyang mereka. ini kerana cina dan india telah memperjuangkan kemerdekaan bersama-sama kaum melayu.

melayu semakin hilang ketuanan nya.. itulah yang saya dapat gambarkan setiap kali menyelak surat khabar membaca tentang kaum lain mahupun kaum melayu sendiri yg menjual ketuanannya. sedih apabila terbaca tentangnya,tetapi apakan daya, sebagai seorang penuntut ipta saya hanya mampu melihat.

melayu cina dan india merupakan kaum majoriti di malaysia dan mengapa ramai orang seakan-akan tidak suka dengan perkara ini. dimana- mana ada sahaja racism ada sahaja mulot-mulot cabul yg memaki hamun kaum lain. tidakkah mereka sedar perbuatan mereka itu tidak lebih daripada onar kosong. apa sahaja yg mereka dapat? kepuasan bersorak? atau kepuasan menghina? ini adalah sikap bodoh dan berlagak bodoh oleh segelintir rakyat malaysia yg tidak berpendidikan,mudah sgt dipengaruhi oleh ahli politik yg berkepentingan. yg dihadapanya cantik dan amat sempurna tetapi belakangnya masyaallah berlobang besar.

malaysia negara berbilang kaum.itulah hakikatnya dan ia tidak akan berubah walaupun malaysia sudah merdeka 100 tahun sekali pon. akan tetapi mengapa terdapat segelintir rakyat malaysia yg masih tidak boleh menerima keadaan ini.

mengapa tidak kita mengubah persepsi dan pandangan tentang kaum dimalaysia. instead of being racist about things that wont change, y not we as malaysian accept it en. betol x. ubah our mindset. change this problems as opportunities yg boleh membuatkan malaysia maju dan terus maju.

*ini bukan artikel 1malaysia