Tuesday, June 1, 2010

perhentian 1 : pra perhentian.

ahh. masih rindu keadaan di perhentian. sangat rindu. cuacanya,pantainya beachboynya night lifenya. percutian ke perhentian ini dicetuskan oleh ahmad saiful ketika bersembang dengan aku didalam kereta. pada masa itu segala benda samar-samar. mungkin sekadar mainan di mulut

taklama kemudian setelah mendapat respon yg agak baik dari rakan rakan dan shabat aku mula melakukan research. reseacrh yang kaw kaw punya. cari mengenai penginapan,aktiviti,lokasi dan segala benda yang berkaitan dengan trip kami.

ohh. haziq juga memberi sumbangan yang tak terhingga utk menjayakan trip kami ke perhentian. dia melakukan research jugak. mengenai segala benda yang berkenaan tapi telah dikhususkan membuat carian yang berkaitan dengan perihal pengangkutan..

begitu juga dengan si penyu yang telah mengsurvey sendiri di kuala besut dan melaporkan segala hasil carian beliau kepada diriku. terima kasih kepada beliau yang sanggup menolong walaupun tidak mengikuti trip kami ke perhentian.

terima kasih juga kepada rakan rakan yang telah menjayakan trip ini. tanpa kalian percutian ini tidak akan berjaya.

'what ever happen we had fun' kata -kata beachboy.

0 comments: