Thursday, December 31, 2009

permulaan di pengujung

cerita yang akan aku jual merupakan kisah benar yang berlaku lebih kurang beberapa jam yang lalu. pada awal pagi yang merupakan permulaan hari dan hari terakhir tahun 2009. sebab tu title dia awal permulaan di penghujung. berlaku lebih kurang jam 3.00 pagi.


cerita dia bermula begini semasa aku tgh facebooking shamim telah mengIM aku dan mengajak ke ss2 murni.
Muhd

weh

weh

ss2 murni jom

2:32am
Ahmad

naik?

2:32am

shafiq

jom ah

2:32am
Ahmad

emm smpi pkol bpe

kau kt ne

2:32am

entah

rumah do

2:33am
Ahmad

blanje aku

2:33am

kimak

gune duit sendiri do

2:33am
Ahmad

kau blanje

ok tq

aku siap

2:33am

nak ikut tak nak ?

2:35am
Ahmad

ikut la

2:35am

jom

muiz pun ikut

haha

2:35am
Ahmad

ok


selepas itu diselangi oleh adegan menuggu sapik selama setengah jam yang x sampai-sampai. siap muiz call aku dekat 2,3 kali jugak laa. kalaw hisap rokok tu mahu habis 5 batang. nasib aku tak hisap rokok. selepas hampir menuggu selama setengah jam syafiq pon tiba dengan lambokancilni berwarna silver. bawak memang mcm plesit. kemudian berhenti di pit lane untuk menukar pemandu. demi kebaikan dan keselamatan penumpang muiz mengambil alih tugas memandu dari syafiq. oh yee,abg muiz ni dah pernah disaman dan lesen P nya dalam bahaya but it is better than syafiq ada lesen L je. haha


kemudian kami pon dengan gembira dan teruja pun mula menuju ke detinasi kami,murni ss2 namun kami telah ditahan oleh patrol car selepas membuat bayaran di tol LDP. Ini semua gara-gara syamim atau bob kerana tidak menghormati undang-undang jalan raya. abang polis yang berkulit hitam manis dan abg polis suka senyum telah berjaya mengesan kebodohan shamim yang tidak memakai tali pinggang keledar.


kemudian lampu biru bersinar sinar dan siren 'woot woot' dibunyikan. dan perjalanan kami ke murni pun tergendala. dua orang lelaki yang kononnya penegak keadilan keluar dari patrol car tersebut. abg hitam manis dan abg suka senyum. kami pun diperiksa dan disuluh oleh lampu suloh dikiri dan kanan kereta. seperti biasa meminta i.c dan driving lisence.

kemudian abg suka senyum tanya kat syafiq "kenapa kepala keluar tingkap"

syafiq "amek angin malam"

abg suka senyum tanya lagi "kau ambil dadah ke"

syafiq "muka kitaorg amek dadah" sambil ketawa

aku pon mencelah "kitaorg student lagi mana ada duit nak beli dadah"

hahaha. mcm aku beli dadah if ada duit pon. rokok pon x hisap. kereta pon dipereksa oleh mereka berdua. lambokancilni telah melakukan tiga kesalahan:

  1. tidak memakai tali pingang
  2. tidak ada pelekat p
  3. dan ini paling tak boleh bla. membawa senjata merbahaya iaitu cangkul
  4. oh ye ada lagi memandu berkaki ayam (bak kata abg suka senyum)
yang ke4 tu kesalahan ke? takpernah dengar pon. hahaha. tapi yang no3 tu takboleh bla,apesal la syafiq ni bawak cangkul.
abg suka senyom ''eh cangkul ni nak buat apa ni? kau nak samun ke?''
dia tambah lagi "org keluar esok ni korg keluar harini,korg nak pergi mana?"
muiz "nak pergi Mohsin"
abg suka senyom ''kau nak pegi mohsin buat apa?nak tengok amoi punya lurah dendam?pastu tengok diorg dduk terkangkang''

masa yang sama aku cuba selamatkan lesen muiz yang nyawa nyawa ikan dengan berbual dengan abg hitam manis. berkali kali aku tanye "tak boleh tolong ke bang" tapi abg tu tak bukak pon cerita pasal nak mintak suap. then bila abg tu dah nak start menulis aku tibe-tibe bersuara

bang yang salah dia(shamim) kenapa nak saman yg drive pulak. abg x boleh buat saman tu atas nama dia ke? lagipon sekarang kerajaan pon nk buat undang2 saman org tak pakai tali pinggang bukan org yang drive. saya blaja law jugak bang.

abang hitam manis pon balas
umur abg baru brape nak cakap undang-undang dengan aku. aku hari hari menghadap buku undang-undang. dah 20 tahun aku aku jadi polis. dia tanya abg blaja law ambil apa? aku jawab civil(padahal asasi pon tak lepas lagi) hahah. pastu "barang kau kecik ni (sambil menunjukkan pangkal jari kelingking) nk cakap undang2 dgn abg"

aku mmg kene tiaw habis. lame gak laa kene ceramah. then nak ambil hati polis tu aku guna ayat biasa aku. "saya nak jadi inspektor polis bila dah graduate nnt" pastu tajuk asal ceramah dia pasal undang-undang terus bertukar tajuk masalah pengganguran graduan.haha. nasib baik tak kena saman. pastu time nak bla,salam ngn abg2 polis yang budiman. aku pon cakap dengan poyo "nnt harap dpt jumpa abg bila sy dah jadi inspektor" hahaha.

moral of the story:
pakai seatbelt dan jgn bawak cangkul dalam kereta. haha.

p/s: bya lepas ni jgn lupa pakai seatbelt.


6 comments:

Aleeya said...

serius lwk....hahaha..kiwi2...mcm2 la ko nih

rda hot said...

Hahaha. Sumpah lahhh lawak. Kira berjaya lahh kau gunakan kemampuan bercakap kau kann.

Atikah Khalil said...

aku baca post kau ni, tak tahann. gelak dari mula smpai abis. penat dohh

bya, sayangi lah orang yg tersayang :)

nurulraihana said...

HAHAHAHAHHA!bangang doh!gile aku gelakgelakgelak..hahahaha.sjak bile kau nk jd inspektor doh?HAHA codo aa.

to bya ; sile pndg dpn ye bile memandu,wpun faiz yg takhensem dan cun brade disebelah..JGN PANDANG die!hahaha.

ahmad faiz said...

roller coster nnt. haha

Amirah Kamarudin said...

kutok org nmpk....... :P