Friday, November 6, 2009

arak itu halal

lately ni aku slalu la lepakk dengan kawan . then one day(hari tesebut terpaksa dirahsiakan) aku terdengar(terdengar la sangat) ade satu brader ni cakap' semalam termabukkan'. sambil tergelak - gelak. nampak sangat dah selalu minum sbb slalu minum tak mabuk tp out of sudden semalam termabuk. mmg si polan ni kuat tongang pon. slalu pergi club,perempuan,pendek kata sangat sosial. biasalah melayu kaya.aku bukan nak melabel melayu yang berada/kaya ni berpenyakit sosial dan berperangai seperti ini. tidak.


ada lagi kisah tentang si melayu. hidup di universiti memang bebas bukan? freedom yg dicari sejak di sekolah menengah lagi. tp ade yang terkejot beruk dan tidak dapat menyesuaikan diri daripada kebebasan terlampau ini dan mula berjinak jinak dengan air kencing syaitan ni. mula-mula masok club. pastu mula la start memerah pundi kecing syaitan. mase mula-mula minom botol hijau je. dah lame sikit upgrade la lagi. macam-macam jenis ada. aku penah tengok dengan mata kepala sendiri. aku tahu jugak la sikit2. botol hijau tu kire paling busuk laa. ade lagi mahal,beratus-ratus. duit PT habis kat situ jee. yelah mane tak nye. tengah seronok, taksedar tu nak kene bayar balik. sekali lagi aku bukan nk melabel yg masok club itu semuanya tongang. tp kebanyakkan nye macam tulah.

ada jugak yang tak masok club minum. masa zaman sekolah dulu ade schoolmate aku dah mula berjinak-jinak dengan alcohol ni. arak murah je cap ape ntah dah lupe.thai song kot. bayangkan umur 15-16 tahun dah pandai tongang. hebatkan? jadi kau sebagai seorang melayu lagi islam bangga tak?

hemm. melayu melayu
kalaw dah nama melayu & islam buat la cara melayu,islam. jangan nak buat selamba adab je nk buat suka hati kau macam takde hari pengadilan.

so sapa yang ada adik tu yang cepat terpengaruh tu selalu-selalu la memantau gerak geri adik anda sebelum terlamabat.kepada sesiapa yang meneguk benda haram ni insaflah. dari bazir duit beratus-ratus baikla kau belanje aku. daripada kau minum air kecing syaitan tu baikla kau minom air kencing sendiri. test ape rase. renung-renungkan

0 comments: