today is worst day ever in semester 3.
Thursday, August 26, 2010
Saturday, August 21, 2010
terima kasih bobo
bismillah.
coretan hidup ahmad faiz at 4:07 AM 11 comments
Thursday, August 19, 2010
Phonex dactylifera
sedang aku menuggu azan subuh,tiba tiba terdetik untuk mengetahui khasiat buah kurma. mesti ada sebab kenapa disunatkan bersahur dan berbuka dengan buah kurma. so ada la jumpa satu dua article.ini merupakan salah satu article yang aku jumpa. so just nk share. happy reading. KHASIAT
BUAH KURMA
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. (
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
coretan hidup ahmad faiz at 5:55 AM 10 comments
Tuesday, August 17, 2010
beliau seorang pemerintah dari kalangan yahudi.
Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M)
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Adajuga yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
Dari sumber lain pula, mencerita kan?Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.
Zubeyde pula bonda kepada Firaun moden, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri. Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat,maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.
Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-arak dan juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya denagn mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan Bapa Pembangunan Turki Moden
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel…… Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.
coretan hidup ahmad faiz at 2:22 AM 3 comments
Monday, August 16, 2010
setakat enam hari
bismillah
coretan hidup ahmad faiz at 2:57 AM 1 comments
Wednesday, August 11, 2010
sahur atau tidak sahur?
Bersahur Itu Berkat
Dari Amr bin ‘Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: “Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur”.
coretan hidup ahmad faiz at 7:24 AM 2 comments
ramadhan
coretan hidup ahmad faiz at 6:40 AM 9 comments
Monday, August 9, 2010
zambri lebih alim dari nizar
Alangkah terperanjatnya dan tidak terduga bahawa berita yang aku terima sungguh memeranjatkan aku…
Kawanku memberitahu bahawa adiknya yang berada di Perak memberitahu bahawa diantara Zamri dengan Nizar kalau nak di bandingkan ALIMNYA ternyata Zamri lebih alim dari Nizar kalau nak diukur ternyata jauh lebih alimnya Zamri …aahhh!! Betul-betul aku terperanjat beruk,aku ingat beruk pun tak terperanjat seperti aku.
Kalau berita ini aku terima dari kaum umno,maka aku tak hairan langsung sedangkan berita ini aku terima dari orang kuat Pas sendiri,kemungkinan korang pun tidak percaya tentang berita ini..
Lain kali jangan tengok orang pakai serban itu alim dan orang biasa itu jahil (falsampah umno)
Berbalik kepada berita tadi …jauh disudut hatiku aku tak dapat terima tentang berita ini..bahkan bagai nak terkeluar dari mulutku yang ingin menyatakan bahawa berita ini tidak benar,bohong ,palsu,salah dengar….aaahhhh!!macam-macamlah..tapi nak wat camner berita ini datang dari orang kuat, pastu plak dia tinggal kat Perak maka dia lebih tahu segalanya dari aku..ialah tu dungu aku seketika..
Untuk lebih kepastian aku minta member aku terangkan apa yang Zamri dah buat sehingga dia nampak alim daripada Nizar,sedangkan Nizar boleh menjadi Imam ketika solat Jumaat,selalu mengadakan Tazkirah, berbanding dengan Zamri satu pon dia tak pernah buat..
Member aku cakap sepatutnya ko boleh nampak dengan mata kasar bahawa Zamri tu alim orangnya…aaahh!! Nampak pada mata kasar?kalau macam india adalah..
Itulah korang tak tahu,biasa kita nak tengok alim dan kuat sembahyang kat mana?
Kat dahi laaa!!ada kesan lebam..
Betul tu!! Tapi tak cukup..
Cuba ko tengok Nizar Cuma lebam sikit-sikit jer kat dahi tetapi cuba ko tengok Zamri lebamnya seluruh badan..tak alim ke tu? Kah..kah..kah..
sumber : cuping merah
coretan hidup ahmad faiz at 1:44 PM 7 comments
Saturday, August 7, 2010
3 finalis bendera malaysia.
coretan hidup ahmad faiz at 11:29 PM 6 comments
Labels: patriotism
Thursday, August 5, 2010
mata wang negara
coretan hidup ahmad faiz at 2:25 PM 2 comments
Labels: patriotism
dua penagguhan.
mencintai didahului oleh mengenali. kata orang tak kenal maka tak cinta. untuk menyemai cinta kita terhadap negara elok kita mengenali negara kita dari sudut berbeza. umum tahu malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957. begitu juga dengan tarikh percantuman tanah melayu dgn sabah dan sarawak. 19 september 1963.
coretan hidup ahmad faiz at 3:13 AM 3 comments
Labels: patriotism
Wednesday, August 4, 2010
bulan kemerdekaan.
coretan hidup ahmad faiz at 2:08 AM 3 comments
Labels: patriotism
Sunday, August 1, 2010
kami pun boleh.
coretan hidup ahmad faiz at 10:16 PM 9 comments